8 Mar 2013

Untuk Rakyat Selangor.

.
Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera....

Dah lama aku tak pegi tengok game bola selangor.... kali terakhir tahun 1994 kat stadium merdeka... aku gi stadium siap conteng muka penuh lagi time tu... kahkahkah... zaman jahilliyah aku la tu...

Masa tu selangor lawan sabah... selangor kalah 2-1...

Azman adnan sekali dpt kawen ngan artis main bola terus cam harammm.... kahkahkah...




Penyokong selangor kalah ngamuk baling bom asap.. satu bom meletup kat tengah padang... satu lagi kat bangku simpanan sabah...

Kena plak kat telinga pemain simpanan sabah... melecur telinga kawan tu tak pasal2.... kahkahkah.... bangang tul sapa yg baling bom tu....

Untung dia tak baling C4... kalo C4 bersepai kepala pemain simpanan sabah tu mcm altantuya... kahkahkah....




Sabtu esok ada game selangor lawan johor kat stadium shah alam... kali nih special sikit...

Kerajaan negeri selangor nak bagi tiket free masuk stadium sempena 5 tahun meraikan pr memerintah selangor...

Tiket akan di edarkan mulai 5 petang sabtu esok...

Tapi khas utk orang selangor je la..... kahkahkah... 


--------------------------------kandis----------------------------------


Meraikan 5 Tahun Kerajaan PR Selangor. 

Kerajaan Negeri menawarkan sebanyak 5,600 tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Super 2013 Selangor menentang Darul Takzim FC yang akan berlangsung Sabtu ini.


Tiket ditawarkan kepada pemegang kad pengenalan bernombor tengah -10- iaitu anak kelahiran Selangor sempena sambutan lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tiket akan mula diedarkan bermula jam lima petang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu ini.

Sempena sambutan itu juga, pelbagai program diadakan selama dua hari.

Sambutan bermula pada 8 Mac (Jumaat) dari jam 7 malam hingga 11 malam bagi program Zikir Perdana dan program Forum Perdana.

Kemudian pada 9 Mac (Sabtu), sambutan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Antaranya program Sambutan Hari Wanita negeri, program Merakyatkan Ekonomi Selangor, persembahan pentas dan demonstrasi masakan.

Antara artis yang akan memeriahkan sambutan, Dayangku Intan, Jack Dzul, Ikka Razman, Miss Sarada, Band Summerhead dan Blank Gamma serta Yasin.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat juga akan turut hadir, antaranya Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Wan Azizah Ismail serta pimpinan PR Selangor.


--------------------------------kandis----------------------------------



Aaaaaaaaaaaaa................
Aku rasa cam nak pegi la plak......
Lepas lepak2 layan program negeri buleh tengok bola free plak.....
Kalo aku pegi.... alamatnya astana cuti lagi laaaa... kahkahkah....
Apa2 pun tgk dulu lepas jumaat kang aku pikir camne....



Sekian dulu.....
Sebar2kan... Terbaik dari Astana Kandis....

-kandis-

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...