15 Mar 2013

Altantuya Panggil Bala

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Sejahtera



PI Bala meninggal dunia
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini. Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.


Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

-------------------------------------------astanakandis-----------------------------------------------

Berita ini menyedihkan bagi yang ingin melihat keadilan tertegak di bumi Malaysia...tetapi ia adalah berita gembira kepada Najib...Isu hitam yang mengheret nama Najib selaku orang No 1 Malaysia...Najib boleh menarik nafas lega kerana semakin kuranglah mereka-mereka yang boleh membongkar rahisa-rahsia besar Najib dan suaminya Nyonya Rosmah...bagi UMNO pula secara kolektif, kematian Bala adalah kesyukuran bagi mereka dalam hayat-hayat yang ada sekarang...mungkin sahaja mereka akan membuat kenduri 40 malam jika semua musuh politik mereka menemui ajal...


p/s: Thanks for the updated news Mr Striker..

Sekian,

~Cik Serikandis~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...