Di dalam politik Malaysia..debat bukanlah suatu budaya yang diamalkan bagi memperlihatkan kekuatan janji seseorang calon yang bertanding....kali terakhir debat diadakan secara terbuka di media elektronik aliran utama ialah debat antara DS Anwar Ibrahim dan DS Shaberi Chik..selepas debat ini berlansung..kesan negatif amat dirasakan oleh BN selepas PRU 2008 dengan tersingkirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009...
Baru-baru ini satu kejadian lucu berlaku dalam negara kita...perdebatan antara Noh Omar dan Dato' Dr Hasan Ali....berdebatan ini berlansung di Sijangkang Selangor..lucunya kerana debat ini antara dua individu yang telah diketahui sama aliran pemikiranya...I dahulu diajar...dua pendebat mestilah dari pihak pencadang..atau pembangkang..tetapi kali ini..kedua-duanya adalah pihak
Sekali lagi..debat menjadi pilhan bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudari Nurul Izzah Anwar...kali ini beliau memilih untuk berdebat dengan Ketua UMNO Lembah Pantai..Raja Nong Chik..tetapi seperti biasa...pihak dari parti kerajaan memerintah sekarang hanyalah berani di hadapan penyokong sendiri sahaja..mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi..????
-------------------------------------------------astanakandis---------------------------------------------
Khalid Sedia Debat Dengan Calon MB UMNO-BN
KUALA SELANGOR, 11 FEB: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
bersedia untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon
Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN. Menurut Abdul Khalid, dengan
mengadakan debat, masyarakat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat
penilaian dan perbandingan di antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor
oleh Pakatan Rakyat Selangor and Umno-BN.
“Baguslah kalau (Datuk Seri) Noh
Omar mahu berdebat, kalau dia bakal Menteri Besar, kita boleh berdebat,” ujar
beliau dalam sidang media di Kampung Bukit Badong di Bestari Jaya pagi tadi. MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh
Omar dilaporkan mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengan beliau dalam isu
air Selangor-SelangorKu
----------------------------------------------astana kandis------------------------------------------------
Kali ini cabaran datang dari Noh Omar sendiri..adakah jawapan mereka akan streotype..dari peringkat atasan sehingga ke bawah "Debat bukan budaya kita" akan berkumandang sekali lagi???
Sekian,
~Cik Serikandis~




