14 Jan 2013

Suara Keramat Merdeka.

.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Sejahtera

Malaysia telah melakar sejarah baru..

Rakyat bangkit dengan kepercayaan bahawa keadilan mesti ditegakkan.. Pemimpin yang ZALIM dan KORUP mesti dijatuhkan..

Kehadiran di STADIUM MERDEKA bukti suara rakyat jangan diperlekehkan..




Suara kebangkitan telah lama bergema..
Dari zaman sebelum kemerdekaan...

Melawan British...
Melawan Malayan Union..

Dato' Maharajelala....
Dato' Bahaman
Dol Said..
Antanom...
Mat Kilau..
Tok Janggut...
Kesatuan Melayu Muda, PKM
Parti Nasionalis Malaya..
Angkatan Pemuda Insaf..
Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM...lahir Hizbul Muslimin....
dan banyak lagi gerakan awal..

Kini selepas merdeka..
Rakyat sekali lagi BANGKIT melawan PENINDASAN bentuk baru..


Rakyat telah BANGUN dari lena yang panjang.. Rakyat sering dimomokkan supaya sentiasa dalam keTAKUTan pada sang penguasa... Zaman berubah..

Apabila pemerintah zalim berada di puncak kekuasaan.. Apabila fitnah kerapkali dialun lagukan...

Akan datang suatu zaman...yang di puncak akan jatuh menyembah bumi.. Itu JANJI...

Perwira zaman kini...adalah rakyat yang menyokong... Menyokong penghapusan ketidakadilan..




Suara keramat rakyat dipimpin oleh individu-individu yang pernah ditindas..

Anwar Ibrahim...
Hadi Awang..
Lim Kit Siang...
Penggerak utama kebangkitan ini Mat Sabu...
Pejuang era moden...melatih rakyat berjuang...

Kita tidak perlu beras percuma untuk hadir.. Kita tidak perlu cabutan bertuah untuk menyatakan sokongan... Kita juga tidak perlu makanan mewah untuk datang.... Kita juga bukan rakyat yang boleh dibeli dengan material....

 

Suara Rakyat Suara Keramat..
SYABAS & TAHNIAH ..
Kepada seluruh rakyat MALAYSIA...

I selaku rakyat MALAYSIA...
SANGAT BERBANGGA....



Suara Keramat Merdeka!!



Sekian,

~Cik Serikandis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...